Friday, April 29, 2011

Firefox 4.0 & Internet Download Manager!!!

Bagi otai-otai internet mesti kebanyakkannya gunakan Firefox dan Internet Download manager. Apa kelebihan Firefox, firefox mempunyai add on dan plugin yang web browser yang lain tak ada. Seperti google contohnya, laju tetapi ada plugin dan add ons yang tak ada. Firefox yang terbaru sangat laju. Internet Download Manager juga penting kepada otai-otai youtube dan kaki-kaki lanun muat turun haram lagu-lagu MP3.



Tetapi bagi yang menggunakan Firefox 4.0 yang terbaru ni mesti ada masalah dengan plugin IDM CC(Internet Download Manager) incompatible. Ini kerana firefox 4.0 ini tidak sesuai dengan penggunaan Internet Download Manager. Puteh pun pernah juga ada masalah ini. Tetapi kita ada jalan penyelesaiannya. Mari lihat.

Langkah-langkah.
1. Klik sini untuk terus ke laman web Internet Download Manager.

2. Lihat dibawah sekali pasti anda akan jumpa button install seperti dibawah.


3. Sila benarkan pop-up windows yang akan keluar dan klik button allow.



4. Sila tunggu sebentar sebelum keluar button install dan anda dikehendaki klik button install.


5. Bila siap akan keluar pop-up windows yang akan menunjukkan installing anda sudah siap.


6. Langkah terakhir, sila restart firefox anda dan lihat hasilnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Internet Download Manager sila klik sini.
Untuk install firefox 4.0 sila klik help di firefox anda dan klik check for update atau klik sini.
read more...

Fakta Menarik Tentang Badan Manusia!!!

Hidup dah berdekad lamanya tapi pasal badan sendiri pun ramai yang tak tahu lagi. Bukan khusus untuk pelajar jurusan biologi yang selalu gagal dalam exam saja. Semua boleh baca, lagi-lagi budak yang tengah curi-curi pinjam laptop ayah.

1. Mematahkan Sendi

Fakta - Jika anda mendengar bunyi apabila anda mematahkan sendi-sendi tangan, jari atau kaki adalah bunyi letupan buih didalam sendi.

Puteh - Jika anda mendengar letupan meriam ketika musim perayaan, jangan dimarahi orang yang bermain meriam tu tapi ringan-ringankan kaki sertai mereka.


2. Debu Didalam Rumah

Fakta : Kebanyakkan debu yang berada didalam rumah terhasil daripada sel-sel kulit kita yang telah mati dan tertanggal menjadi debu.

Puteh : Jangan biarkan sel kulit anda mati jika tidak mahu bersihkan rumah.


3. Perut

Fakta : Setiap 2 minggu, perut akan menghasilkan lapisan mucus yang baru untuk membantu melancarkan proses penghadaman.

Puteh : Setiap 2 jam, perut puteh akan mengeluarkan bunyi-bunyi berirama ghazal atau joget lambak.


4. Salur Darah

Fakta : Jika salur darah dalam tubuh badan kita disambungkan boleh mencapai panjang sejauh 96,000KM.

Puteh : Berapa liter minyak diperlukan untuk diisi kedalam kenderaan untuk bergerak sejauh 96,000KM?


5. Jantung

Fakta : Tekanan jantung ketika mengepam darah adalah sangat kuat sehingga boleh memancutkan darah sejauh 9meter.

Puteh : Siapa pernah cuba aksi ni. Sila rakamkan video dan muat naik di TIUB ANDA. Dan beritahu Puteh.


6. Meminum Air

Fakta : Rata-rata manusia memerlukan 8000gelen air untuk diminum sepanjang hayatnya secara purata.

Puteh : Bagi rakyat Africa mungkin kurang sikit rasanya.


7. Otak

Fakta : Kerosakkan otak akan berlaku sekiranya suhu badan mula melebihi 41 darjah celcius iaitu sering dialami oleh pesakit demam panas.

Puteh : Yang panas baran jangan sampai biarkan suhu badan anda melebihi had yer. Jaga marah anda tu.


8. Darah

Fakta : Darah akan beredar didalam badan manusia sejauh 180,000KM setiap hari. Dengan kelajuan 7500KM per jam lebih 25 kali ganda kelajuan kereta F1.

Puteh : Kira dalam setahun berapa dan kira dengan umur anda sekarang.
read more...

Fakta Menarik Tentang Telefon Bimbit!!!

Telefon bimbit. Siapa yang kat baca artikel ini mesti ada telefon bimbit. Silap-silap ada dua atau tiga biji. Celcom satu, Maxis satu. Betul tak. Tak ada lagi pakai telefon skrin satu warna, Smartphone, Android, Blackberry dan Iphone tu dah biasalah kan. Tapi Puteh saja pakai telefon biasa saja. Kesian. Tapi tahukah anda siapa pencipta telefon bimbit pertama. Bukan telefon pertamalah, tu Alexander Graham Bell. Kita nak cerita pasal telefon bimbit.

1. Pencipta

Fakta : Orang yang mencipta telefon bimbit pertama adalah Martin Cooper seorang pengurus besar syarikat Motorola. Pada tahun 1973.

Puteh : Telefon bimbit pertama Puteh adalah Nokia. Pada tahun 2006.



2. Prototype Telefon Bimbit

Fakta : Prototype pertama telefon bimbit diberi nama Motorola Dyna-TAC.

Puteh : Dyna-TAC adalah jauh sama sekali dengan gula-gula TICTAC. Memang tiada persamaan.

3. Panggilan Pertama

Fakta : Panggilan pertama menerusi telefon bimbit dibuat oleh Martin Cooper(Pengurus Besar Motorola) kepada rakan saingannya iaitu Dr. Joel S Engel iaitu ketua unit penyelidikan firma telefon BELL.

Puteh : Siapa yang baca artikel ni, semestinya tidak pernah tahu nama-nama dalam ni. LOL.


4. Pasaran

Fakta : Telefon Dyna-TAC mula dijual pada tahun 1983 dengan harga USD3,500(RM10,592).

Puteh : Sekarang harga telefon bimbit ada yang hanya RM30. Jauh beza betul.


5. Spesifikasi

Fakta : Dyna-TAC mempunyai berat 0.6Kg bersamaan 600gram.

Puteh : Berat macam tu kalau baling kat anjing, mati anjing tu.


Lihat saiz telefon Dyna-TAC tu. Baling kat cermin tingkap pejabat pun boleh pecah.
read more...

Fakta Menarik Tentang Televisyen!!!

Siapa tak kenal dengan televisyen(tv), dari kecil sampai ke tua duduk mengadap tv tu. Kena kat Malaysia rumah ada Astro, memang 24jam buka tv ada saja siaran kan. Rumah setinggan nak roboh pun pasang astro. Cerita menari hari ini mengenai tv. Jangan suka tengok saja tapi tak tahu siapa yang cipta.

1. Pencipta

Fakta - Tv yang pertama di dunia ini dicipta oleh John Logie Baird seorang jurutera berbangsa Scotland

Puteh - Tv pertama di rumah Puteh berbentuk seperti ketuhar gelombang micro. Lawak.


2. Teknologi

Fakta - Cakera Nipkow adalah teknologi pertama dalam penghasilan tv tetapi sayangnya tidak dapat diterima pakai dalam penghasilan tv.

Puteh - Cakera padat(CD) tidak dapat dimasukkan kedalam tv tetapi perlu dimasukkan kedalam Pemain Cakera padat(CD Player) untuk ditonton di skrin tv.


3. Warna

Fakta - Tv pertama hanya mampu menyiarkan gambar yang bewarna hitam dan putih saja dan sehingga kini rata-rata tv mempunyai 3 warna berbeza iaitu warna kuning, biru dan merah.

Puteh - Sekarang lagi maju, tv dah ada 4 warna iaitu kuning, biru, merah dan hijau dipanggil O-LED.


4. Malaysia

Fakta - Pada zaman bermulanya kehadiran tv di Malaysia, bagi yang memiliki tv perlu membayar lesen hak milik tv. Setiap lesen perlu dibayar kira-kira RM24 setahun.

Puteh - Sekarang tak perlu bayar lesen tv tapi perlu bayar bil Astro. Paling sikit pun RM70 keatas.



5. Malaysia Sekarang

Fakta - Kanak-kanak hanya menggunakan tv untuk bermain game, remaja perempuan hanya untuk menonton drama korea, lelaki hanya menonton siaran sukan dan makcik-makcik hanya menggunakan tv untuk menonton drama indonesia.

Puteh - Tv yang dah tak boleh pakai lagi, boleh buat akuarium ikan.


read more...

Thursday, April 28, 2011

Review Filem Penunggu Istana!!!

Siapa yang dah tonton filem penunggu istana kat wayang baru-baru ni. Ada rasa menyesal tak tengok cerita ni. Kepada sesiapa yang belum tengok tapi teringin nak tengok, batalkan je niat. Bukan tak nak sokong filem melayu tetapi filem macam ni tak layak masuk panggung.



Sebab apa Puteh cakap macam tu, cerita ni banyak gimik dan memang ternyata penipuan oleh uncle seekers. Banyaklah yang Puteh tak suka cerita ni.

1. Tipu - Dah memang terang lagi bersuluh cerita banyak tipu, kata ada yang matilah, hilang sampai sekarang tak jumpa. Tak ada pula keluar surat khabar atau siaran berita atau blog-blog yang bersepah kat Malaysia ni cakap ada kes tu.

2. Berlagak - Uncle Seekers berlagak macam bagus sangat dalam cerita ni. Cuma tayang muka marah-marah budak-budak crew dia. Ingat dia siapa.

3. Skrip - Kalau nak tonton untuk tayangan di wayang ingat ayat boleh lepas je macam tu, ingat buat wayang kat Hollywood apa. Budaya wajah kita tau. Kalau budak kecil yang tengok, tanya mak bapak mereka, nak jawab apa. Banyak sangat kata-kata kesat oleh pelakon.

4. Tiru - Cerita ini gabungan paranormal activity dan the blair witch project. Tak ada modal ke nak buat cerita seram. Pengarah-pengarah lain elok saja buat cerita seram, yang kritik pun tak ramai.

5. Maruah - Puteh rasa bila cerita ni keluar wayang je, penjaga-penjaga istana tu tak rasa macam istana tu diperlekehkan ke. Buat-buat cerita hantu rasuk orang lepas tu bunuh orang lain. Kalau yer pun cari la rumah banglo tinggal ke. Kat JB niey ade 1 banglo tinggal nama 'villa nabila'. Tak cuba buat shooting kat situ ke.

6. Pelakon - Memang la pelakon cerita ni amateur lagi, tapi jangan la nampak sangat berlakon. Aduh, percubaan yang gagal. Siapa yang pakai tudung dalam cerita ni, nampak sangat berlakon.

7. Cuai - Dalam cerita ni, uncle seekers boleh tinggalkan budak-budak buat assignment kat tempat angker macam tu. Mana pergi nilai tanggungjawab. Kalau betul cerita ni realiti. Kaum keluarga budak yang mati dan hilang boleh failkan saman kat uncle seekers tu.

Cukuplah tu tujuh dah Puteh dapat bagitahu, cakap lebih nanti ramai yang kritik Puteh tak sokong filem melayu. Nyesal Puteh pergi tengok cerita ni. Lepas ni tengok cerita 'Kongsi' dengan 'KL gangsters' lagi berbaloi.

Nak baca lebih lanjut penipuan uncle seekers? Klik pautan link dibawah, anda akan dihantar terus ke lembah penipuan blog uncle seekers.

UNCLE SEEKERS

Uncle Seekers pulangkan duit kami. Membazir.

read more...

I Do - Colbie Caillat(Official Video & Lyric)

Lagu dalam iklan The Royal Wedding Of Prince William & Catherine Middleton di Channel AXN(701). Seronok dengar lagu ni. Nyanyian Colbie Caillat.


Untuk mengetahui info selanjutnya mengenai The Royal Wedding Of Prince William & Catherine Middleton sila klik pautan link ini The Royal Wedding.



Lyrics :
It's always been about me, myself, and I
I thought relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy saying I had love that wouldn't last
That was the only way I knew 'til I met you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh what did I get myself into?
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust I've never felt it like I feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
What more can I get myself into?
You make we wanna say

Me, a family, a house, a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm eighty years old I'm sitting next to you

And we'll remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let us go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you

Nak nyanyi kuat-kuat takut jiran marah, esok pergi karaoke ok.

p/s Iklan yang Puteh cakapkan, puteh masih mencari lagi. Siapa ada info mengenai iklan itu sila beritahu Puteh.

read more...

Wednesday, April 27, 2011

Kata-Kata Sebenar Seorang Lelaki!!!

Perempuan, jangan selalu syak wasangka kepada lelaki. Walaupun lelaki sering dikaitkan dengan "buaya darat" ataupun "playboy". Jika tiada lelaki, kamu yang perempuan nak bercinta dengan siapa lagi kalau bukan lelaki, tak kan nak bercinta dengan kaum sejenis pula. Dilaknat tuhan nanti walaupn banyak kes dilaporkan cinta kaum sejenis berlaku di Malaysia. Ingat-ingatlah tuhan yer.

Artikel kali ini ingin menunjukkan kata-kata yang selalu diucapkan oleh sang arjuna tetapi seringkali disalah anggap oleh perempuan.

1. "Okay lah awak, nanti kita sembang lagi yer." - Maknanya kami memang sibuk dengan kehidupan masing-masing walaupun menyibukkan diri bermain game ataupun berjumpa kawan-kawan(kira melepaklah tu)



2. "Tak apa, saya tak kisah pun." - Maknanya kami memang tak kisah walaupun riak muka macam nak marah. Sebab kami paham apa yang terjadi. Jika kami ambil kisah, semestinya dah mengamuk dah.

3. "Kita kawan sajalah, sebab saya suka awak sebagai kawan saya." - Terlalu lama sangat berkawan sampai rasa cinta untuk berputik tiada. Bukan sengaja mempermainkan perasaan perempuan dengan menolak cinta ataupun sudah berpunya. Masa mula-mula kenal kami dah tawarkan tetapi sombong dengan alasan sudah ada yang lain. Padan muka.

4. "Awak call ke tadi?, saya keluarlah tadi." - Keluar atau tertidur alasan yang selalu diguna pakai tetapi memang hakikatnya sebegitu kerana kami tidak selindungkan apa-apa kecuali kami sedang berjumpa dengan bekas kekasih untuk menyelesaikan masalah lama tetapi kami tidak ingin kamu semua cemburu, kami terpaksa merahsiakannya dari pengetahuan.


5. "Lain kalilah kita keluar, saya banyak kerja nak buat." - Bukan kami tak mahu keluar tetapi banyak kerja yang perlu dibuat, lagipun kadang-kala bagi alasan sebab tengah tidak berduit. Tak kan nak keluar perempuan nak keluar semua duit.

6. "Tak apa, saya tak memilih pun." - Memang kami tak memilih tetapi jika kami sudah memilih kamu sebagai pasangan, jangan gatal-gatal berubah sikap atau imej. Kerana kami memilih perempuan kerana sikap atau imej yang sedia ada. Kami tak suka perubahan kecuali kami yang meminta untuk kamu berubah. Tiada lain.(Pengalaman sendiri Puteh, ending Puteh cari lain sebab pasangan semakin cantik banyak langau dan lalat yang hinggap)



7. "Saya tak kisah awak nak bersiap." - Kami sang Arjuna tidak kisah kamu nak bersiap untuk mecantikkan diri. Tetapi masa yang diambil jangan terlalu lama. Penat nak tunggu dan kami bosan menunggu. (Tengah-tengah tunggu, nampak perempuan lain lalu depan mata. Jangan salahkan kami jalan dengan orang lain.)

8. "Lain kali kita keluar lagi yer, saya kena balik awal." - Kami memang akan keluar lagi dengan kamu jika ayat itu dituturkan. Tetapi jangan salah sangka dengan ayat "saya kena balik awal", Kami memang terpaksa balik awal samada jaga rumah ataupun berjanji dengan rakan lain untuk main game online. Play time. Bukan dating dengan orang lain ok?.

9. "Saya suka tengok perempuan yang macam ni, yang macam tu......bla5x." - Kami sengaja cakap begitu kerana ingin melihat riak muka cemburu kamu sang perempuan, tiada niat nak cari lain pun. Kami suka lihat wajah sang perempuan merajuk. Comel sangat. Lagi kalau mata dah berlinang dengan air mata. Cair kami.

10. "Awak kerja kat mana?, sebagai apa?." - Jaga-jaga, jangan jawab dengan jujur jika anda bekerja dengan pangkat yang bergaji tinggi daripada kami. Kerana kami takut dengan perempuan yang bergaji tinggi kerana perempuan, ehem2x. Nafsu berbelanja bila duit dah banyak. Paham-paham sajalah. Duit kat purse sendiri habis, malas nak pergi ATM, duit kami yang disesahnya. Bukan kedekut tapi masa depan. Mas kahwin paling sikit RM24.50 bagi negeri Johor(rasanyalah). Tak masuk duit hantaran, paling sikit RM10,000. Jadi kami terpaksa berjimat, bukan kedekut.



p/s Pengalaman puteh dalam semua ni ada 7-8 yang selalu digunakan. Semuanya mempunyai sebab yang kami selindungkan kerana untuk kebaikkan bersama.

Que sera sera, what will be will be. It's our future you will see.
read more...

Ungunya Cinta!!!

Siapa ada tonton drama ungunya cinta dekat astro ria? Lakonan leez AF dan Shaarnaaz Ahmad. Siapa ada tonton mesti tahu jalan ceritanya bukan? Cerita komedi romantik. Tiada skrip yang ayat jiwang berbunga-bunga macam cerita romantik lain. Hero yang membawa watak nakal yang amat boleh menarik heroin cair.


Leez AF


Shaarnaaz Ahmad

Sinopsis :
Ungunya Cinta mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. Waktu sama, Ungu yang baru saja menuntut tahun pertama di universiti, bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Andi mempunyai perangai ‘anak orang kaya yang panas baran dan perengus’. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangainya. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa. Selepas sekian lama bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak dapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain. Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang berasa terluka, membuat keputusan untuk tidak bertemu Andi lagi. Tetapi sebenarnya Andi merahsiakan yang dirinya menghidap barah otak dari pengetahuan Ungu. Andi berperangai agak biadap dan mudah membuat orang marah kerana inginkan perhatian daripada ibu bapanya dan juga Ungu kerana istilah dari kata-kata Andi "marah tandanya sayang".

Puteh :
Drama ni best sangat tapi yang tak bestnye, skrip andi yang agak terlalu kasar dan tidak harus dicontohi oleh semua remaja diluar sana dan pengakhiran cerita yang agak menarik kerana hero tidak bersama heroinnya. Tidak seperti filem-filem atau drama-drama yang selalu kita tonton.


OST Ungunya Cinta - Itu Realiti



Berlari di rumput yang hijau

mencari suatu ketenangan

Hari hari perkara yang ku duga

Pastinya nanti diriku terluka

Aku masih di sini

Menunggu saat akhir

kau dan aku begini

mencari satu erti

Biar hari berlalu

ku nanti masa itu

teruskan berlari ke alam realiti

Ohhh ohhhh ohhh

Untuk memuat turun lagu drama ini sila klik sini


read more...

Friday, April 22, 2011

Fakta Manarik Tentang Seluar Jeans!!!

Seluar jeans, semua orang pernah pakai. Budak-budak 'nerd' pun pernah pakai. Kira bukan pernahlah, kira selalu pakailah kan. Puteh tengah menaip artikel ni pun pakai seluar pendek jeans. Tapi tahukah anda sejarah selaur jeans? Jangan sedap sarung saja.

Seluar jeans adalah diperbuat daripada kulit jin pakai toncit. LOL. Gurau saja.

1. Nama Sebenar

Fakta : Panggilan sebenar untuk jeans adalah "Bleu De Genes" oleh orang Peranchis yang membawa maksud biru Genoa.

Puteh : Panggilan orang Tanah Melayu "Alif Mim Nun Wau" membawa maksud sarkas.(Sudin dalam petikan pendekar bujang lapok)

2. Ditemui.

Fakta : Tekstil jeans telah dicipta pada tahun 1560an di Genoa, Itali. Dipakai oleh tentera-tentera disana kerana kelasakkan kain jeans ini. Dibawa masuk ke Amerika pada tahun 1872.

Puteh : Bayangkan tentera sekarang pakai seluar jeans. Ranggi dan bergayalah mat perang ni semua.


3. Dipopularkan

Fakta : Dipopularkan di Amerika oleh seorang pedagang pakaian bernama Levi Strauss ketika belia berumur awal 20an. Ketika ini beliau berniaga di sekitar San Francisco.

Puteh : Puteh berharap dapat menjadi popular sebagai duta seluar jeans berjenama Calvin Klein.

Lebih kurang mcam Puteh punya, tapi beza jahitan di kocek belakang dan tab model.

4. Sejarah Bermula

Fakta : Strauss mula menjual seluar dari kain kanvas kepada pelombong-pelombong emas di Amerika. Pelombong-pelombong ini suka dengan kemasan jahitan dan kelasakkan seluar rekaan Strauss. Disitu bermulanya Strauss membeli kain jeans ini menjadi hasil dagangan beliau. Beliau memberi nama rekaan beliau dengan nama "Blue Jeans"

Fakta : Lepas tentera, pelombong pakai. Sekarang, tidak mengira pangkat, darjat, kekayaan. Semua orang memakainya.(Yang berpendapatan sederhana beli yang murah sudahlah, pasar malam baru RM50)


5. Pengeluaran

Fakta : Strauss mula bekerjasama dengan Jacob Davis yang merupakan seorang pengusaha yang berjaya ketika itu. Hasil dari kerjasama mereka, mereka mendirikan sebuah kilang jeans pertama di Amerika. Rekaan pertama Strauss dipanggil "Levi's 501".

Puteh : Puteh pakai Levi's 520. Kau orang semua ada? Original tau.

Sebelum dipotong. Bayangkan sendri bila seluar ni bawah lutut dah tak ada kena potong.

6. Unsur Rekaan

Fakta : Seluar jeans rekaan strauss mempunyai 5 kocek(saku @ poket), 2 kocek besar di kedua-dua belah bahagian belakang dan depan. Satu lagi kocek, adalah kecil dibahagian depan sebelah kanan.

Puteh : Kalau kocek seluar jeans lebih dari tu. Tak cantik, tak vintage, tak season, tak style.


7. Rahsia

Fakta : Kocek kecil dibahagian depan seluar adalah untuk pelombong-pelombong mudah untuk menyimpan bijih-bijih emas yang bersaiz kecil.

Puteh : Sekarang buat simpan duit syiling saja. Anda bagaimana? apa yang anda isi dalam kocek kecil ini.
read more...

Bahaya Rokok!!!

Bahaya rokok? rokok tidak merbahaya sebenarnya. Tetapi dari segi dalaman akan merbahaya la kan. Dari segi luaran tidak merbahaya sebenarnya. Tidak percaya? mari lihat video dibawah ini. Pasti anda akan percaya.



Percayakah anda? Kunyah rokok, mulut tidak melecur, rokok tidak padam. Hebat bukan.


read more...

Thursday, April 21, 2011

Fakta Manarik Tentang Rambut!!!

Rambut adalah anugerah tuhan bagi semua manusia kerana dengan rambut, banyak wanita yang menghabiskan duit untuk dandanan rambut mereka, ini bermakana tuan saloon rambut akan lebih cepat kaya daripada makcik jual nasi lemak tepi jalan. LOL. Mari kita tukar, kita kayakan tuan kedai makan pula.

Rambut(bukan rambutan atau pulasan)

1. Cuci Rambut

Fakta : Penduduk asia digalakkan mencuci rambut sekadar sekali sehari kerana asia beriklim panas dan menyebabkan rambut berminyak.

Puteh : Tapi jangan bagi alasan kat ayah mintak duit sebab nak cuci rambut kat saloon. Boleh cuci dirumah.


2. Menyikat Rambut

Fakta : Menyikat rambut dengan kerap akan menyebabkan folikel rambut anda akan lemah dan menyebabkan rambut putus dan gugur. Cukup sekadar untuk mengemaskan rambut.

Puteh : Kalau rambut banyak kutu sila sikat selalu dan elakkan kutu anda berjangkit kepada orang lain. Lebih baik lagi anda dapatkan rawatan doktor atau pakar rambut.


3. Kadar Rambut Gugur

Fakta : Rambut lelaki akan gugur 40 helai sehari berbanding wanita 70 helai sehari kebiasaannya. Jika lebih, sila pastikan anda menerima rawatan rambut.

Puteh : Kalau lebih sila cek dengan doktor, mana tahu ada leukemia. Jaga-jaga cik salmah.


4. Jangka Hayat Rambut

Fakta : Rambut akan kekal tumbuh sehingga 2-6 tahun mengikut kajian pakar rambut sebelum digantikan dengan pertumbuhan rambut baru. Ini dikhususkan kepada kaum wanita.

Puteh : Rambut puteh sekarang sudah bertahan selama 4 bulan dan hanya dikemaskan dan tidak dipotong pendek.(bila rambut nak panjang ni)

Lagi 3 bulan jadi macam ni. Mari kita lihat selepas 3 bulan ok.

5. Memotong Rambut

Fakta : Potong rambut ikut kesesuaian anda dan jangan terlalu berfesyen kerana akan mudah merosakkan rambut. Ini terjadi dari haba oleh penggunaan barangan elektrik untuk memotong rambut. Contohnya plat-iron(rebonding), clamp-iron(curly) dan hair dryer(pengering rambut).

Puteh : Lebih mudah gunakan kipas menggantikan hair dryer. Nak potong rambut pakai mesin rumput ataupun gunting pokok.


6. Penjagaan Rambut

Fakta : Tiada masalah untuk menukar-nukar jenis shampoo kerana rambut tidak mengenal jenama shampoo yang anda guna tetapi carilah shampoo yang bersesuaian dengan anda. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan di tv. Walaupun shampoo murah, kadang-kadang ianya sesuai untuk anda.

Puteh : Nasib baik Puteh pakai sunsilk je, murah, jimat. Kira berbaloilah kan.

Suka tengok rambut perempuan ni bila dia ikat, sesiapa yang ada gaya rambut macam ni boleh bagitahu puteh yer lepas ni.

7. Mewarnai Rambut

Fakta : Mewarnai rambut mengikut jenama yang disyorkan oleh pakar rambut. Tetapi rata-rata jenama pewarna rambut sekarang sesuai untuk jenis rambut. Kadangkala ada juga jenama yang memberi vitamin tambahan untuk rambut.

Puteh : Bagi yang Islam mewarnakan rambut hanya dibenarkan jika anda menggunakan inai sekadar untuk menghilangkan warna putih rambut(uban).


8. Rambut Bercabang dan Berbiji

Fakta : Masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan produk-produk yang berada dipasaran. Kerana produk-produk ini hanya mencegah dari merawati. Hanya dengan memotong rambut dapat menyelesaikan masalah ini.

Puteh : Tak payah nak beli-beli mahal-mahal kalau rambut dah bercabang dan rosak. Pergi saloon potong saja.


p/s pesanan dari Puteh, jangan potong rambut menggunakan gunting layer. Pergi kedai minta trim saja rambut anda jika rambut anda tebal. Rambut rosak. Jangan selalu rebonding rambut kerana rambut akan mati dan terus kaku. Lakukan rawatan relaxing untuk rambut yang susah dikemaskan.(Pengalaman).

read more...

Wednesday, April 20, 2011

Fakta Manarik Tentang Bersin!!!

Hari ini kita bercerita mengenai bersin. Hachooom!!!. Minta maaf yer. Semua manusia bersin yer puan-puan kecuali masa tidur dan dah mati saja. LOL. Dalam sehari berapa kali anda bersin, kira yer.
Kucing juga bersin, jika tidak percaya sila tanya kepada kucing anda. Jika tiada kucing, kucing jiran anda pun boleh.

Bersin

1. Bersukan,olahraga dan penat.

Fakta : Dalam keadaan ini, manusia akan bersin kerana dalam keadaan yang penat bahagian tekak mulut dan hidung akan dihidrat dan akan memaksa badan untuk mengeluarkan air. Pengeluaran air ini menyebabkan bersin.

Puteh : Bersenam 3 kali seminggu dan 20 minit setiap sesi.(Iklan kementerian Kesihatan Malaysia)


2. Bersin Memaksa Menutup Mata.

Fakta : Ketika bersin, manusia normal akan secara automatik akan menutup mata. Jika anda tidak menutup mata, mata akan tersembul keluar kerana tekanan yang sangat tinggi.

Puteh : Siapa yang berani cuba?. Jika sudah cuba bagitahu Puteh bagaimana keadaan anda.


Tutup mulut la akak oi, basah orang depan.

3. Kelajuan Bersin.

Fakta : Kelajuan bersin anda adalah 100batu/sejam ataupun 160.9KM/h. Anda bayangkan berapa laju. Kalah basikal roda tiga. 100,ooo kuman,bakteria dan virus akan dikeluarkan semasa proses ini.

Puteh : Macam mana orang yang kira kelajuan bersin ni. Tertanya-tanyalah puteh.



4. Tidur.

Fakta : Manusia normal tidak akan bersin ketika tidur kerana saraf-saraf kardiovaskular anda juga sedang beristirehat.

Puteh : Kalau tengah tidur bersin, mahu basah muka orang sebelah.


5. Sinaran Mentari.

Fakta : Bersin ketika keadaan ini hanya berlaku pada segelintir kecil kerana sensitig kepada sinaran mentari dan dipengaruhi oleh faktor genetik.

Puteh : Bagaimana anda? jika tidak, anda sama dengan Puteh.


6. Hubungan Seks.

Fakta : Hubungan seks boleh menyebabkan rangsangan pada saraf parasimpatik seseorang yang kebiasaannya terjadi selepas mencapai klimaks.

Puteh : Tak pernah tahu sebab tak pernah kahwin lagi. Tunggu lepas kahwin baru boleh bagi kesimpulan. Seseiapa yang dah kahwin terbaca artikel ini boleh bagi pandangan anda.

read more...

Fakta Manarik Tentang Dara!!!

Dara. Dalam erti kata lain perempuanlah. Artikel ini bukan mengenai dara perempuan yer. Sesuai dibaca untuk semua golongan. Bukan untuk yang gila seks sahaja. Perempuan boleh ambil nota untuk artikel ini.

Perempuan

1. Daya Tahan Sejuk

Fakta : Perempuan mempunyai daya tahan sejuk yang amat rendah kerana mempunyai ketebalan kulit yang nipis berbanding lelaki.

Puteh : Kalau si dia menggedik-gedik cakap sejuk, itu betul sebenarnya. Tapi kalau anda betul-betul yakin beliau hanya menggedik, sila sekeh kepalanya sepantas mungkin.


Mengapakah hadiah pemberianku ditunjuk dikhalayak ramai. Malunya saya (perasan)


2. Bayi Perempuan

Fakta : Bayi perempuan cenderung untuk belajar bercakap awal 2 bulan berbanding bayi lelaki dan lambat belajar berjalan 2 bulan berbanding bayi lelaki.

Puteh : Patutlah perempuan lebih banyak mengumpat, mengutuk dan berbual kosong berbanding lelaki.


3. Tidur

Fakta : Perempuan akan tidur melebihi lelaki selama 1 jam, jika lelaki dewasa tidur 7 jam manakala perempuan akan mengambil masa 8 jam untuk tidur.

Puteh : Disahkan oleh jabatan kaji tidur papua new guinea. Diperakui oleh persatuan Geneva dan persatuan bangsa-bangsa bersatu(PBB).




4. Kelenjar Peluh

Fakta : Perempuan mempunyai banyak kelenjar peluh yang mengeluarkan bau busuk.

Puteh : Terima saja dengan muka terpaksa kekasih atau isteri anda berbau busuk. Kehendak ilahi.Cadangan oleh Puteh untuk mengatasi masalah ini. Sebab Puteh suka orang pakai perfume ni. Baru RM39.90 daripada pakai tommy hilfiger, gucci ataupun burberry.


5. Mata

Fakta : Kadar pemakai cermin mata atau kanta lekap untuk perempuan adalah tinggi berbanding lelaki.

Puteh : Kalau pakai kanta lekap warna hijau,biru,merah tu maknanya nak melawa saja. Lelaki terima sajalah, untuk anda semuanya itu.


6. Tandas

Fakta : Perempuan akan ke tandas lebih lama berbanding lelaki dan kebiasaannya waktu yang diambil untuk mandi sahaja dalam lingkungan 20-30 minit.

Puteh : Kalau dah mandi sambil termenung, berangan, menjadi penyanyi bukan profesional. Memanglah lama. Lelaki, sabarlah tunggu giliran mandi.


"Kalau sudah sebegini,mana bisa ku menolaknya". Kalau macam ni punya cantik, Puteh rasa perempuan akan menghabiskan masa 20%-30% daripada 24jam disini.


Sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan jiran sebelah ataupun dengan makcik jual goreng pisang depan simpang taman.
read more...

Fakta Manarik Tentang Teruna!!!

Artikel kali ini untuk sang teruna. Bukan yang masih teruna maksud Puteh yer. Jangan pikir yang bukan-bukan. Kira fakta menarik tentang lelaki.



Lelaki

1. Sperma

Fakta : Sperma lelaki yang menentukan jantina bayi yang akan dikandungkan. Ovum perempuan tidak boleh menentukan jantina bayi.

Puteh : Kalau si suami mengidam nak anak lelaki tapi kelaur anak perempuan jangan nak salahkan sang isteri yer cik abang oii.


2. Kadar Kelahiran

Fakta : Kadar kelahiran bayi lelaki lebih banyak dari kelahiran bayi perempuan. Tetapi kadar kematian bayi selepas kelahiran adalah bayi lelaki.

Puteh : Patutlah ada perumpamaan perempuan keliling pinggang. Jangan salahkan lelaki jika perempuan bergaduh tarik rambut sebab lelaki.


3. Percakapan

Fakta : Lelaki lebih cenderung untuk bercakap terus terang dan telus. Kerana otak logik lelaki kurang berbanding perempuan.

Puteh : Jika lelaki marah-marah kepada sang kekasihnya perempuan terima sajalah kerana lelaki bercakap dahulu sebelum fikir akibatnya.


Lelaki pan asia bawah 21 tahun mewakili negara Malaysia(angan-angan)

4. Deria rasa

Fakta: Lelaki mempunyai deria rasa lidah yang lambat fungsi kecekapannya. Walaupun mempunyai tunas rasa yang sama banyak dengan wanita.

Puteh : Kalau isteri masak tak sedap. Lepas makan baru bagitahu tak sedap. Maknanya nak jaga hati bukan sebab lambat rasa.


5. Suara

Fakta : Lebih 52% lelaki mempunyai suara sumbang.

Puteh : Tetapi akademi fantasia kebanyakkannya lelaki yang menang. Terbukti salah fakta ini.



6. Berdengkur

Fakta : Lelaki dan berdengkur tidak dapat dipisahkan kerana 48% lelaki berdengkur berbanding wanita yang hanya 22%.

Puteh : Puteh tidak akan boleh tidur jika terdengar bunyi dengkuran atau dengusan nafas.


read more...

Fakta Menarik Tentang Arnab!!!

Siapa tak suka tengok arnab? angkat kaki sebelah kiri kawan sebelah anda. Kalau tiada, patung unicorn pun boleh. Kalau lelaki patung gundam pun boleh. LOL. Hari ni kita berkongsi cerita mengenai arnab. Arnab adalah binatang peliharaan manusia tertinggi selepas anjing, kucing dan hamster.


1. Kategori Daging.

Fakta : Daging arnab tergolong dalam kategori White Meat(daging putih). Bersamaan dengan ayam. Tidak kisahlah ayam kampung atau ayam hormon.

Puteh : Daging 'putih' jauh sama sekali sama dengan daging 'puteh'(empunya blog).


2. Kandungan Kalori.

Fakta : Kandungan kalori daging arnab sekilogram adalah 1752.7. Berbanding daging ayam 1785.7, daging kambing 3130.6 dan daging lembu 3174.6.

Puteh : Masih tiada kajian di Malaysia kandungan kalori kucing dan hamster.


3. Kandungan Protein.

Fakta : Kandungan protein adalah tertinggi berbanding daging kebiasaan yang dimakan oleh manusia normal.

Puteh : Makan daging arnab dipercayai mempercepatkan kadar pertumbuhan gigi.(mitos)


4. Anugerah

Fakta : Jabatan pertanian Amerika Syarikat menyarankan daging arnab sebagai daging terbaik untuk manusia.

Puteh : Arnab tidak pernah menang anugerah lumba lari kerana sering dikalahkan oleh kura-kura.


5. Pengambilan Khusus

Fakta : Daging sangat sesuai dimakan oleh pesakit-pesakit jantung, orang-orang tua dan pengamal diet sihat.

Puteh : Tetapi tidak sesuai jika disajikan sebagai daging arnab masak lemak cili api ataupun masak kicap kerana kandungan kalori yang sangat tinggi.(Puteh makan saja kalau depan mata)


6. Alergi

Fakta : Daging arnab adalah daging sesuai untuk manusia yang alergi kepada daging binatang darat.

Puteh : Gediklah kalau pura-pura alergi makan daging ni, padahal jaga badan nak diet. Kambus diri dalam tanah lepas tu baca talkin untuk diri sendiri. LOL.It's so pluffy, i'm gonna die. Dapat yang macam ni. Biar duduk dalam rumah. Bersih lantai rumah.

read more...

Tuesday, April 19, 2011

Fakta Menarik Tentang Tidur!!!

Tidur itu adalah sesuatu yang perlu dalam kehidupan seharian kita. Tidur jugaaaaaaaaaa.......krrrrohhhhh,krooooooooooohhhhh,krrooohhhhh. Kriiinnngggg,kriiiinnngggg. Minta maaf tertidur pula. Jangan buang masa tertidur lagi nanti.


Adik, pergi sekolah. Cepat mandi. Teringat zaman sekolah dahulu.

1. Aktiviti

Fakta : Walaupan anda sedang tidur masih ada aktiviti yang sedang berjalan contohnya sel-sel otak akan diperbaiki dan waktu ini penghasilan hormon-hormon tertentu sedang dihasilkan.

Puteh : Aktiviti ini juga tidak terkecuali berlaku kepada sesiapa yang tidur mati.


Agak-agaklah tidur. Tahulah malam tadi baru lepas bercengkerama dengan kekasih.

2. Jangka Masa

Fakta : Bayi(16 jam), 3-18 tahun(10jam), 19-55 tahun(8jam) dan hanya 6 jamtidur untuk manusia berusia lebih daripada 55 tahun.

Puteh : Pekerja+Blogger, Pelajar+Blogger dan Blogger sepenuh masa hanya mengambil masa 6 jam untuk tidur.


Pengantin tidur tidak tahu termasuk dalam kategori dapatkan tenaga untuk malam rasanya.

3. Mimpi

Fakta : Lelaki akan bermimpi mengenai lelaki lain sebanyak 70% dan mengenai perempuan sebanyak 30% berbanding seorang perempuan bermimpi 50% mengenai lelaki dan 50% mengenai perempuan lain.

Puteh : Lelaki ramai yang 'gayboy' dan perempuan kebanyakkannya 'bisexsual'. Petikan kata-kata dari pujangga BUKAN WILLIAM SHAKESPEAR.


4. Kandungan Mimpi

Fakta : Kita akan bermimpi tentang orang lain yang kita pernah lihat walaupun semasa kita dalam keadaan sedar kita tidak ingat siapa yang kita mimpikan.

Puteh : Puteh selalu mimpi tidur atas timbunan duit,intan berlian,emas dan dikelilingi perempuan cantik. Adakah ini menggambarkan masa depan yang cerah. (Rekaan mimpi semata-mata).


5. Tidak Tidur

Fakta : Manusia mampu menahan lapar lebih kurang selama 14 hari, tetapi tanpa tidur manusia hanya mampu bertahan selama 10 hari.

Puteh : Tanpa air manusia akan bertahan selama 3 hari dan tanpa oksigen manusia mampu bertahan cuma 3 minit saja. Kurangkan pencemaran udara. (Iklan Jabatan Kesihatan)


6. Orang Buta

Fakta : Orang buta yang sejak lahir juga bermimpi dari segi emosi, sentuhan, bau-bauan dan bunyi.

Puteh : Orang yang berpura-pura buta ketika meminta sedekah dan jika diketahui(kantoi) masyarakat awam lebih cenderung untuk buta sepenuhnya.

7. Terjaga

Fakta : Selepas 5 minit anda terjaga anda akan terlupa hampir 50% mimpi anda dan selepas 10 minit hampir 90% mimpi anda akan terlupa.

Puteh : Penggiat haram nombor ekor akan mengingati 100% mimpinya jika dalam mimpinya keluar nombor yang pelik-pelik.


Comel saja kucing ni tidur, kucing menghabiskan 16jam untuk tidur sahaja.
read more...

Fakta Manarik Tentang Senyuman!!!

Artikel ini bukan ditujukan kepada Dato' M.Daud Kilau dengan lagunya Cik Mek Molek ataupun Malique dan Najwa dengan lagunya Senyum. LOL. Artikel ini adalah untuk menunjukkan fakta mengenai senyuman. Banyak fakta mengenai senyuman rupanya.

1. Senaman

Fakta : Saintis telah menkaji senyuman atau ketawa adalah satu jenis senaman dalaman di mana merangsang seluruh tubuh dan memberikan manfaat kepada otak.

Puteh : Baca status FB orang lain pun Puteh boleh senyum.


2. Senyuman Pagi

Fakta : Senyuman ketika bangun tidur ataupun waktu pagi mampu merangsang otak dan mengalirkan keseluruh tubuh dan menganggap kita berada dalam keadaan ceria. Keadaan ini mampu bertahan selama satu hari.

Puteh : Kalau mimpi seronok, bangun pagi senyumlah kan. Kalau mimpi kena kejar anjing, mahu duduk dalam bilik termenung setengah jam.


3. Otot Muka

Fakta : Senyum hanya menggunakan 17 otot muka berbanding mengerutkan dahi yang menggunkan 43 otot muka.

Puteh : Sesiapa yang melakukan suntikan Botox hanya mampu menggerakkan 17 otot muka ketika senyum secara paksa. Kulit muka dah tegang, susah nak senyum.


Gorilla ini mampu menggerakkan seluruh otot muka dengan mudah kerana tidak melakukan suntikan Botox dimukanya. Tetapi mengambil suntikan endorphin untuk memastikan gorilla ini senyum sepanjang hari ketika zoo dibuka.

4. Penghasilan Endorfin

Fakta : Dengan senyum manusia akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mengurangkan kesakitan fizikal dan mampu mengubah emosi seseorang selesa dengan diri sendiri.

Puteh : Hormon Endorfin tidak sama dengan ikan Dolfin(ikan lumba-lumba).


5. Senaman Kardiovaskular

Fakta : Ketawa 100kali bersamaan 10 minit senaman kardiovaskular. Jika 1000 kali ketawa. Kira sendiri.

Puteh : Kalau dah ketawa terbahak-bahak sampai senak perut rasanya bersamaan lari pecut 100m.


Orang miskin, kaya dengan senyuman tetapi orang kaya, miskin dengan seyuman.

6. Kadar Senyuman

Fakta : Kanak-kanak 4-6 tahun ketawa sebanyak lebih dari 400kali sehari berbanding orang dewasa sebanyak kurang dari 15 kali sehari. Ini menunjukkan orang dewasa lebih cenderung mengalami masalah kemurungan dan mental.

Puteh : Kalau orang dewasa ketawa 400kali sehari dalam keadaan keseorangan dipanggil kurang siuman.


7. Kata Pujangga

Peribahasa : " Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya". Bermaksud senyumlah dan diiringi dengan ketawa. Jangan senyum sinis lepas tu ketawakan orang sudahlah yer. Ini mampu menyebakan peningkatan kadar gula dalam darah dang mengakibatkan kemarahan melampau kepada orang yang disindir oleh anda. Dan anda berkemungkinan dimasukkan ke hospital setelah di lempang oleh orang yang disindir oleh anda.


Istilah senyum kambing adalah benar selepas gambar ini dijumpai di dalam kitab zaman firaun dan sumber -sumber informasi seperti makcik yahoo dan uncle google.
read more...

Fakta Menarik Tentang Otak!!!

Siapa yang dapat A+ dalam Biologi pun rasanya tak tahu sepenuhnya fakta tentang otak manusia bukan. Otak udang mesti tak tahu pasal otak udang sebenar. LOL.


Otak :

1. Isipadu

Fakta : Kebanyakkan otak manusia dewasa normal menampung isipadu otak sebanyak 140mm(panjang) x 167mm(tinggi) x 93mm(lebar) = Kira pakai kalkulator sendiri dalam nilai mm kuasa 3.

Puteh : Masih belum ada kajian isipadu otak seorang manusia dewasa normal yang mempunyai I.Q. pisang(Otak Udang).


2. Berat

Fakta : Ketika lahir otak manusia seberat 350gm-400gm sahaja dan ketika dewasa otak manusia seberat 1.3kg-1.4kg.

Puteh : Kalau bayi tak cuckup umur berapa berat otak bayi itu.


3. Komposisi

Fakta : Otak manusia mengandungi 77%-78% adalah air, 10%-12% lipids, 8% daripada otak adalah protein, hanya 1% untuk karbohidarat, 2% bahan organik larut air dan 1% daripadanya garam bukan bahan organik.

Puteh : Kalau bagi orang yang dipanggil otak cair berapakah nisbah kandungan otaknya. Pening nak kira ni.


4. Perbandingan

Fakta : Otak kiri manusia mempunyai lebih daripada 186,000,000,000(186 juta) sel neuron dan ini lebih banyak daripada otak di sebelah kanan.

Puteh : Bagi manusia yang otaknya ada wayar putus, otak kirinya adalah kurang daripada 186 juta sel neuron dan perlu diganti dengan wayar baru. Sila dapatkan di kedai hardware berhampiran.


5. Pengaliran Oksigen

Fakta : Otak manusia mampu bertahan 4-6 minit walaupun tanpa pengaliran oksigen di otak, namun selepas jangka masa itu, sel-sel otak mulai mati.

Puteh : Kena pakai tangki oksigen simpanan lepas ni, curi dekat akedemi menyelam k.


6. Tenaga

Fakta : Otak manusia mampu mencapai tenaga yang sama banyak untuk menghidupkan sebiji mentol 25watt.

Puteh : Lambang lampu ketika manusia mendapat idea mungkin direka selepas fakta ini, tetapi jauh sama sekali untuk menyambungkan mentol dengan otak.


Puas sudah belajar fakta, mari kita bermain permainan yang dipanggil otak lelaki vs otak perempuan.

Syarat-syarat :

1. Tidak mengira jantina.
2. Mampu membaca dalam bahasa inggeris. (Kalau tak boleh kena belajar "english edukesyen")
3. Mempunyai akal fikiran yang waras.


Mari mulakan.
KIRA JUMLAH 'F' YANG TERDAPAT DALAM PERENGGAN DIBAWAH DALAM MASA 15 SAAT DAN CUBA UNTUK TIDAK MENIPU DIRI SENDIRI.


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Sila lihat dibawah ini jika sudah selesai bermain.


Jika anda mengira dengan 3 bilangan 'F' anda mempunyai otak berjantina lelaki.


Baca sekali lagi.


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Sebenarnya jawapannya ada 6 'F'. Jawapan untuk kejadian ini ada dibawah.


Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.


Walaupun dipanggil otak-otak tetapi bukan diperbuat daripada otak. Sedap. Siapa orang Johor tak pernah makan otak-otak kempas bukan orang Johor sejati.
read more...

Monday, April 18, 2011

Fakta Menarik Tentang Kucing!!!

Fakta-fakta kucing yang anda mungkin tidak pernah ketahui dan akan mengaku pernah ketahui selepas membaca entry mengenai kucing ni. "Usah le kome nak berdaah"

1. Tidur

Fakta : Kucing menghabiskan masa selama 16 jam semata-mata untuk tidur dan selebihnya untuk makan dan bermanja-manja dengan tuannya.

Puteh : Puteh mempunyai seekor kucing bernama 'Lumpeng' yang menghabiskan masa untuk membuli kucing lain dan mempunyai anak angkat kerana 'lumpeng' sekor kucing jantan.



2. Bilangan Jari

Fakta : Kucing hanya mempunyai 18 jari sahaja. 10 berada dihadapan dan 8 dibelakang. Sila lihat kucing anda sekarang.

Puteh : Manusia juga ada yang mempunyai 18 jari selepas kehilangan jari akibat kencing manis ataupun kemalangan kerana merempit.


3. Manusia dan Kucing

Fakta : Manusia yang mempunyai perasaan takut kepada kucing dipanggil ailurophobia dan tidak ada nama saintifik kepada kucing yang malu kepada manusia.

Puteh : Manusia yang pertama kali berjumpa dengan pujaan hatinya mempunyai satu perasaan yang dipanggil malu-malu kucing.



4. Cap Hidung

Fakta : Jika manusia mempunyai cap jari yang berbeza dengan manusia yang lain, kucing juga mempunyai cap hidung yang berbeza dengan kucing lain.

Puteh : Jika anda ingin mengeluarkan duit daripada akaun bapa anda dan memerlukan pengesahan cap jari jangan sesekali menggunakan cap hidung dengan alasan hidung anda sama saiz dengan bapa anda.


5. Mata kucing

Fakta : Kucing yang mempunyai mata biru adalah pekak dan anak mata kucing adalah membujur secara menegak dan akan membesar apabila dikawasan yang gelap dan akan mengecil dikawasan yang terang.

Puteh : Rozita Che Wan pula tidak pekak walaupun mempunyai mata biru.




6. Saiz Kucing

Fakta : Kucing yang mempunyai baka 'maine coon' adalah kucing yang terbesar dalam keluarga kucing dan kucing parsi adalh kecil jika tiada bulu.

Puteh : Kucing yang paling kecil adalah kucing yang lahir tak cukup bulan tetapi tidak pula perlu dimasukkan ke dalam mesin incubator seperti manusia.


7. Urin

Fakta : Urin ataupun kencing kucing mampu bercahaya jika didedahkan didalam gelap dan kencing kucing juga mampu mengaratkan besi yang bukan dari jenis tahan karat.

Puteh : Kucing yang bewarna hitam mampu menggelapkan pandangan tuannya dengan baring diatas mata tuannya yang sedang baring sambil menonton Akademi Fantasia.


8. Peluh

Fakta : Kucing juga berpeluh tetapi bukan melalui badannya tetapi melalui tapak kakinya. Jika kucing berpeluh melalui badannya, badannya pasti akan berbau kerana kucing takutkan air.

Puteh : Kalau kucing berpeluh ikut badan. Kena cari baju serap peluh la jawabnya.


9. Alat Kelamin

Fakta : Kucing jantan tidak pernah menunjukan alat kelaminnya kecuali ketika bangun tidur,mandi dan mengawan.

Puteh : Yang ni Puteh tak nak komen apa-apa sebab menyentuh isu seksual.

Durian ini dipanggil kucing tidur walaupun tidak ada kena mengena dengan kucing dan kucing Puteh suka makan durian.
read more...