Anda tidak memerlukan sijil dari penilik nasib tapak tangan ataupun sijil dari persatuan bomoh-bomoh santau daerah selatan Thailand untuk meramal dan mengenali orang-orang yang sedang dilanda masalah.
Cukup sekadar mengikut ilham citarasa resipi Puteh ni anda boleh mengenali orang-orang yang dilanda masalah tanpa anda bertanya kepada cik adik kaunter pertanyaan Pavilion. Contohnya.
1. Masalah Rumah Tangga
Puteh : Pagi-pagi sebelum pejabat mula buka, dia orang pertama yang tercongok depan pintu pejabat dan bila waktu habis kerja dialah orang terakhir yang pulang kerana tangga dirumah beliau dalam proses pengubahsuaian.
2. Masalah Duit
Puteh : Tiba-tiba kerja lebih pada sebelah malam padahal tidak pernah buat pun sebelum ni. Jika bank telefon sama ada tak angkat atau cakap yang beliau tak ada. Tidak semena-mena pinjam duit dengan kawan-kawan. Padahal gaji beliau lebih besar dari kawan-kawannya yang lain.
3. Masalah Pelajaran
Puteh : Mula murung apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan. Sebelum peperiksaan beliaulah insan paling gembira dan berseronok. Lebih teruk lagi mengunci diri di bilik apabila guru menghantar surat kepada ibu bapa untuk berjumpa.
4. Masalah Adab
Puteh : Masa sekolah agama dulu, tiba subjek Akhlak tak mahu masuk kelas. Sekarang bila dengar orang tua bercerita, telinga menjadi besar bak piring astro atau dulang nasi ambang. Bila bercakap tiada pelapik alas meja, cakap ikut suka dengan mengeluarkan kata-kata keji buat orang meluat naik menyampah.
5. Masalah Bercinta
Puteh : Mula tukar dari 'in relationship' kepada 'single' di facebook. Mula post lagu-lagu sedih jiwang karat dari youtube dan asyik update status facebook dengan ayat-ayat sedih seperti lagu Dafi -Rasa Ingin Bunuh Diri dengan Terjun Bangunan. Blog penuh dengan penulisan merapu lagi sedih mengalahkan menonton drama korea ataupun cerita Lagenda Bapak Setan.
Wednesday, May 11, 2011
Home »
curahan idea
»
Cara Mengenal Orang Yang Bermasalah!!!
Cara Mengenal Orang Yang Bermasalah!!!
Labels:
curahan idea
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment