Wednesday, April 27, 2011

Home » » Kata-Kata Sebenar Seorang Lelaki!!!

Kata-Kata Sebenar Seorang Lelaki!!!

Perempuan, jangan selalu syak wasangka kepada lelaki. Walaupun lelaki sering dikaitkan dengan "buaya darat" ataupun "playboy". Jika tiada lelaki, kamu yang perempuan nak bercinta dengan siapa lagi kalau bukan lelaki, tak kan nak bercinta dengan kaum sejenis pula. Dilaknat tuhan nanti walaupn banyak kes dilaporkan cinta kaum sejenis berlaku di Malaysia. Ingat-ingatlah tuhan yer.

Artikel kali ini ingin menunjukkan kata-kata yang selalu diucapkan oleh sang arjuna tetapi seringkali disalah anggap oleh perempuan.

1. "Okay lah awak, nanti kita sembang lagi yer." - Maknanya kami memang sibuk dengan kehidupan masing-masing walaupun menyibukkan diri bermain game ataupun berjumpa kawan-kawan(kira melepaklah tu)



2. "Tak apa, saya tak kisah pun." - Maknanya kami memang tak kisah walaupun riak muka macam nak marah. Sebab kami paham apa yang terjadi. Jika kami ambil kisah, semestinya dah mengamuk dah.

3. "Kita kawan sajalah, sebab saya suka awak sebagai kawan saya." - Terlalu lama sangat berkawan sampai rasa cinta untuk berputik tiada. Bukan sengaja mempermainkan perasaan perempuan dengan menolak cinta ataupun sudah berpunya. Masa mula-mula kenal kami dah tawarkan tetapi sombong dengan alasan sudah ada yang lain. Padan muka.

4. "Awak call ke tadi?, saya keluarlah tadi." - Keluar atau tertidur alasan yang selalu diguna pakai tetapi memang hakikatnya sebegitu kerana kami tidak selindungkan apa-apa kecuali kami sedang berjumpa dengan bekas kekasih untuk menyelesaikan masalah lama tetapi kami tidak ingin kamu semua cemburu, kami terpaksa merahsiakannya dari pengetahuan.


5. "Lain kalilah kita keluar, saya banyak kerja nak buat." - Bukan kami tak mahu keluar tetapi banyak kerja yang perlu dibuat, lagipun kadang-kala bagi alasan sebab tengah tidak berduit. Tak kan nak keluar perempuan nak keluar semua duit.

6. "Tak apa, saya tak memilih pun." - Memang kami tak memilih tetapi jika kami sudah memilih kamu sebagai pasangan, jangan gatal-gatal berubah sikap atau imej. Kerana kami memilih perempuan kerana sikap atau imej yang sedia ada. Kami tak suka perubahan kecuali kami yang meminta untuk kamu berubah. Tiada lain.(Pengalaman sendiri Puteh, ending Puteh cari lain sebab pasangan semakin cantik banyak langau dan lalat yang hinggap)



7. "Saya tak kisah awak nak bersiap." - Kami sang Arjuna tidak kisah kamu nak bersiap untuk mecantikkan diri. Tetapi masa yang diambil jangan terlalu lama. Penat nak tunggu dan kami bosan menunggu. (Tengah-tengah tunggu, nampak perempuan lain lalu depan mata. Jangan salahkan kami jalan dengan orang lain.)

8. "Lain kali kita keluar lagi yer, saya kena balik awal." - Kami memang akan keluar lagi dengan kamu jika ayat itu dituturkan. Tetapi jangan salah sangka dengan ayat "saya kena balik awal", Kami memang terpaksa balik awal samada jaga rumah ataupun berjanji dengan rakan lain untuk main game online. Play time. Bukan dating dengan orang lain ok?.

9. "Saya suka tengok perempuan yang macam ni, yang macam tu......bla5x." - Kami sengaja cakap begitu kerana ingin melihat riak muka cemburu kamu sang perempuan, tiada niat nak cari lain pun. Kami suka lihat wajah sang perempuan merajuk. Comel sangat. Lagi kalau mata dah berlinang dengan air mata. Cair kami.

10. "Awak kerja kat mana?, sebagai apa?." - Jaga-jaga, jangan jawab dengan jujur jika anda bekerja dengan pangkat yang bergaji tinggi daripada kami. Kerana kami takut dengan perempuan yang bergaji tinggi kerana perempuan, ehem2x. Nafsu berbelanja bila duit dah banyak. Paham-paham sajalah. Duit kat purse sendiri habis, malas nak pergi ATM, duit kami yang disesahnya. Bukan kedekut tapi masa depan. Mas kahwin paling sikit RM24.50 bagi negeri Johor(rasanyalah). Tak masuk duit hantaran, paling sikit RM10,000. Jadi kami terpaksa berjimat, bukan kedekut.



p/s Pengalaman puteh dalam semua ni ada 7-8 yang selalu digunakan. Semuanya mempunyai sebab yang kami selindungkan kerana untuk kebaikkan bersama.

Que sera sera, what will be will be. It's our future you will see.

4 comments:

jia said...

suka suka suka...
semua.. :)

jia said...

:)

Kiambang Puteh TheGiel said...

suka dia er....nk share kat fb ke blog sndri pown boleh.....

zaharin bin abdullah said...

nak tumpang share bole? haha\